Sebagai siber trooper, saya meninjau semua blog dan memberi pandangan dari pelbagai sudut ilmiah samada sebagai nasihat atau pandangan. Saya ikuti forum bincang ini dan berminat untuk mencampuri sedikit perbincangan didalamnya. Secara jujur saya katakan penulis tajuk ini bukan sahaja cetek dari segi pemikirannya tetapi kurang ilmu akademik. Sebagai penjawat awam, penulis sepatutnya lebih memahami apa yang dituliskannya serta mahir didalam pekeliling atau peraturan didalam membelanjakan wang awam. Secara rengkasnya, tulisan ini merupakan satu tulisan yang 'bodoh' dan secara tidak langsung mencerminkan betapa ceteknya mentaliti atau pemikiran warga Permai didalam ruang bincang ini.
Untuk lebih jelas, seabagai orang awam dan merupakan penulis tetap didalam beberapa ruang sembang dan bukan dikalangan warga Permai saya ingin memaklumkan bahawa saya juga pernah berkhidmat di dalam sektor awam. Untuk makluman warga permai yang memiliki cetak ilmu didalam pengurusan wang awam ingin dinyatakan - setiap wang yang diterima dan dimiliki oleh sesebuah jabatan adalah merupakan wang Kerajaan terdiri didalam Kumpulan Wang Yang Disatukan. Setiap sen yang dikeluarkan perlu melalui beberapa peraturan khas didalam Tatacara Kewangan 1957 dan lain-lain peraturan yang berkuatkuasa mengenainya. Wang tersebut tidak boleh sesekali dibelanjakan atau dipindahkan kepada mana-mana tabung, orang perseorangan atau meluluskannya tanpa mematuhi peraturan sediada walaupun atas arahan seseorang pegawai atasan. ..sambungan
Persoalannya:
1. Sebagai penjawat awam, apakah tahap ilmu pemikiran sebagai warga permai?
2. Wang Kerajaan bukan milik peribadi yang boleh dimiliki sesuka hati. Jangan jadikan bayaran elaun lebih masa sebagai budaya 'gaji bulanan' untuk membayar bayaran ansuran kereta dsbnya...
3. Sekiranya bayaran elaun lebih-masa digantikan dengan HKG - itu adalah dasar Kerajaan untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan Kerajaan dan wang tersebut digunakan untuk lain-lain perbelanjaan yang lebih diutamakan.
4. Tahukah anda - bagaimana bayaran elaun lebih masa patut dibayar? Pemohon perlu memohon secara bertulis untuk melakukan kerja lebih masa dan dihantar kepada Ketua Unit samada wajar/tidak kerja-kerja lebih masa dijalankan. Selepas itu Pegawai Pengawal akan meluluskan/menolak. Sekiranya diluluskan, bayaran tertakluk kepada peruntukan sediada dengan nasihat 'Pegawai Kewangan/Akauntan'. Tahukah anda siapa Pegawai Pengawal - samada ianya Pengarah atau Ketua Bahagian dan mereka akan dinasihatkan oleh Pegawai Kewangan dalam semua aspek kewangan. Pengarah/Ketua Bahagian tidak boleh sesuka hati membelanjakan wang awam.
Sebagai penulis, 'kami' tidak sekali-kali memperkecilkan penulis didalam artikel ini tetapi setiap penulisan itu biarlah ianya memberi kebaikan dengan pandangan yang tepat untuk meningkatkan kerja penjawat awam. Kerajaan telah didalam usaha mempertingkatkan prestasi penjawat awam dengan pelancaran Program KPI & NKSR dan sekarang bukan masanya kita membuat perancangan tetapi perlaksanaannya. Tindakan sdra melalui artikel ini secara tidak langsung menunjukkan imej pencapaian mentaliti hospital anda yang begitu rendah dan menjejaskan warga permai yang lain didalam didalam usaha meningkatkan presepsi hospital anda. Secara tidak langsung 'kami' tujukan komen ini kepada 'siapa Pengarah' hospital ini supaya pemikiran warga dibawahnya dapat dipertingkatkan dan memahami kehendak dan peraturan didalam membelanjakan wang awam. Wang awam adalah wang rakyat dan bukannya hak Hospital Permai.
'Kami' mengucapkan syabah dan tahniah kepada webmaster anda kerana telah berjaya memecahkan mentaliti warga Permai dengan mengadakan ruang bincang ini didalam usaha memperolehi input dan pencapaian tahap pemikiran warganya. Teruskan perjuangan dan kami di luar ini sentiasa memantau setiap ruang bincang dari pelbagai laman web dari masa kesemasa. Kami alu-alukan kepada penulis yang berbakat dan 'patriotik' untuk menyumbang artikel didalam laman web popular di Johor. Sumbangan artikel boleh di sampaikan melalui
http://www.suarajohor.com