Memang betul tu tapi bagaimana ia tidak berlaku di hospital lain. Tengok aje kalau mesyuarat, pasti macam nak perang. Forum seperti ini bagus untuk menyesuaikan diri dalam perbincangan dan jadikan latihan. Asyik bercakap aje, cuba bagikan pandangan melalui forum halal seperti ini.
Jadilah berfikiran positif, perkhidmatan kesihatan masih banyak nak diperbetulkan. Cuba lihat
http://aduan-kesihatan.blogspot.com/ yang popular di internet ni. Pengguna sedang memerhatikan perkhidmatan kesihatan. Baik atau tidak baik bergantung kepada pekerjanya. Kalau pekerja sendiri tak dapat nak menyesuaikan diri, bagaimana nak mengisi penambahbaikan tu? Fikir-fikirlah sendiri. Kementerian Kesihatan atau pihak Kesihatan Negeri tak pantau atau tak baca ke aduan-kesihatan tu atau sengaja tutup mata?